mercredi 1 juin 2011

bukan mudah

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah, Allahuakbar.

bukan mudah, bukan mudah rupanya, berperang dengan nafsu diri sendiri.

setelah kian lama ditinggalkan di belakang, tidak semena-mena ia mampu datang semula.

hingga mampu membuatkan diri ini tidak mampu dibuai lena seketika, kerana memikirkannya bertentangan dgn apa yang dipegang sekarang. masih mencari diri?

benarlah, demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian. melainkan mereka yg beramal soleh, dan berpesan kpd kebenaran, dan berpesan kpd kesabaran. [surah al asr]

sungguh mudah dilontarkan, tetapi bukan mudah utk dilaksanakan. namun bukan mustahil utk diusahakan.

barangkali kerana mutabaah amal yg tidak begitu bersungguh²? mungkin secara jumlahnya tampak hebat, namun tidak merasai kemanisannya?

Ya Allah, kpdMu kekuatan diminta agar tidak berlepas diri dr sibghahMu. mgkin ak tahu dunia itu membinasakan, tetapi ak belum merasa ia membinasakn, dan smpai bila² pn ak tidak mahu merasa dunia membinasakanku dan tertipu dgnnya.

Allah, guide me to the straight path.

pen off.




mercredi 18 mai 2011

ujian dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah, Allahuakbar.

Mungkin kerana sudah lama tidak menulis, dan kekangan masa untuk perkara² yang lebih penting, ilham untuk menulis pun semakin berkurang... tetapi sepatutnya tidak begitu. Semakin menerima ilmu² baru dan diberi peringatan, seharusnya semakin ligat jari-jemari ini bermain di papan kekunci komputer untuk dikongsikan bersama pembaca... seperti suatu masa dulu..

Astagfirullahal'azim... mungkin kebelakangan ini, saya terlalu bnyak memikirkan perkara² yang tidak penting. masa² yg lapang tidak diisi dgn baik... kerana itu situasi ini menghambat diri. semoga Allah yang Maha Pengampun mengampuni diri ini...

Apapun, setiap hari kita pasti diuji oleh Allah. sama ada ujian kesenangan atau kesusahan. itulah tarbiyah dari Allah swt. Allah yang mengetahui apa yg terbaik untuk kita. kadangkala kita suka mengeluh atas kesusahan kita, tetapi tidak terfikirkah kita nikmat yang Allah berikan terlalu bnyak dalam kehidupan kita, yang mana mungkin tidak kita sedari - nikmat bernafas, berjalan, melihat ... subhanaAllah, bnyak sangat dan sangat...

Praktikal akan tamat beberapa minggu lagi.. insyaAllah. harapnya semua akan dilalui dgn baik biarpun ujian yg mendatang mgkin tidak terduga.. kepadaNya kita mengadu...

Till next time. next writing.





Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan.

AQ - 21 : 35

lundi 2 mai 2011

sentiasa diawasi

Salam wbth.

Astagfirullahal'azim. SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.


Terima kasih kepada seorg akh yg memberikan saya peringatan ini. Hanya Allah yg membalasnya. Biarpun mungkin akh tersebut tidak membaca post ini, semoga sama² beroleh kebaikan dan pahala daripada pesanan ringkas ini.

Tahukah anda apa itu muraqabah? Saya bukanlah org yg arif utk menghurai panjang tazkirah ini, namun apa yang dikongsikan di sini sekadar cebisan² intipati yang yg dpt diingat.

Muraqabah bermaksud pengintaian (hakikat keadaan kita diintai, diawasi, ...). Sebenarnya di dalam Al-Quran dan Hadis, terdapat bnyak peringatan kepada kita supaya kita sentiasa merasakan diri kita diawasi dan dilihat oleh yg Maha Satu, Allah SWT. Saya pasti kita semua tahu tentang bagaimana keadaan apabila diawasi. Contohnya semasa exam, kita tidak akan berani² utk meniru atau membuka nota² yg dilarang utk dibawa semasa peperiksaan, kerana kita sedar ada guru yg sentiasa memerhatikan dan kalau ditangkap, susahlah jadinya nnti... kalau di Perancis ni, dengarnya kalau ditangkap kerana meniru ketika exam, akan digantung daripada mengambil exam selama 5 tahun dan mungkin dikenakan bayaran tertentu (loi à confimer). Dahsyat jugak kn?

Hehe. Itu baru satu contoh realiti kita hari ni. sebenarnya bnyak lagi contoh yg parallel dgn contoh tadi. Jadi, bagaimana pula dgn merasakan diri kita diintai dan diawasi oleh Allah SWT?

"Dialah yang melihatmu ketika engkau berdiri dan juga gerak tubuhmu diantara orang-orang yang bersujud." (asy-Syu'ara': 218-219)

"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada sesuatu yang tersembunyi baik di bumi ataupun di langit."(Ali-Imran: 5)

"Dia Maha Mengetahui akan kekhianatan mata dan apa saja yang tersembunyi dalam hati." (al-Mu'min: 19)

Allah SWT bukan sahaja mengetahui dan melihat aktiviti² zahir yg kita lakukan, bahkan segala apa yang tersirat di hati kita... Secara zahir, kita mungkin boleh berkelakuan seperti seorg yang alim, baik, dan mempunyai sifat² baik yang lain, tapi di dalam hati kita, hanya Allah SWT sahaja yang tahu... Sangat²lah indah andai bukan luaran sahaja yang cantik dan baik, tetapi hati kita juga murni dan bersih daripada hasutan syaitan dan hati yg busuk.

Pernahkah anda mendengar hadis tentang Islam, Iman dan Ihsan? Dalam huraian mengenai Ihsan, jelas menunjukkan kepada kita bagaimana hendak mendatangkan rasa muraqabah dalam diri. Antara potongan hadis ini berbunyi :

...Kemudian beritahukanlah padaku tentang Ihsan." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Yaitu hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah engkau dapat melihatNya, tetapi jikalau tidak dapat seolah-olah melihatNya, maka sesungguhnya Allah itu dapat melihatmu." (hadis riwayat muslim)

SubhanaAllah, besar sungguh sebenarnya peringatan ini. biarpun nampak ringkas, namun menjadi titik tolak kepada penerimaan amal kita oleh Allah SWT dan kualiti amal tersebut.

Sebagai seorang yang masih lagi muda dalam tarbiyah dan dakwah, kadangkala diri ini terlupa tentang perkara yg sgt penting ini. Mungkin fizikalnya pergi ke usrah, jasadnya bersama mad'u², bicaranya mengajak kpd Allah SWT, namun adakah hatinya begitu juga? melakukannya segala²nya seikhlasnya? Allah sangat mengerti apa yg berada dalam hati kita.

Pesanan utk diri ini sendiri, andai ketika berseorangan, terasa hendak melakukan perkara² maksiat dan tidak mendatangkan kebaikan kepada tarbiyah dan dakwah islamiyah, dalam keadaan tiada siapa pun nmpak apa yg kita lakukan (kecuali Allah), maka tingggalkanlah perkara² tersebut, kerana itu bisikan syaitan yang mahu menyesatkan kita. Menyoroklah di mana² yg kita mahu. ALLAH SENTIASA MELIHAT KITA!

Semoga peringatan ini menjadikan saya dan anda lebih muraqabah dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita. Maaf atas segala kesilapan. =)